AdsNiaga2

Friday, October 10, 2008

MENCARI KEBAHAGIAAN

Manusia bahagia bila ia bisa membuka mata untuk menyedari bahawa ia memiliki banyak hal yang bererti. Manusia boleh bahagia bila ia mahu membuka mata hati. Untuk menyedari, betapa dia dicintai.Manusia boleh bahagia, bila ia mahu membuka diri. Agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada. Manusia buta kerana ego dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa ia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mau sedar kerana serakah.

Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomborsatukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu hal, belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap dari orang lain, maka bersiaplah untuk ditinggalkan, bersiaplah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita bisa menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri,mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.

Percayalah kepada Allah, dan bersyukurlah kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. Ia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita butuhkan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak orang.


No comments: