AdsNiaga2

Sunday, December 18, 2011

Profesor Fizik Memeluk Islam Setelah Mengkaji Solat Jemaah

Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel negatif.

Hasil kajian profesor tersebut mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati melalui sentuhan badan kita dengan tubuh badan ahli jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan menstabilkan cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas berlebihan , sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala yang berkurangan akan di tarik ke dalam kita.

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan kita berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas negatif dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat.

Seterusnya apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua casa ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Kebiasaannya, selepas waktu Asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Seterusnya adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail)

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Nota;-

Nabi pernah merungut suatu hari...kata Nabi kalau boleh aku nak suruh org lain jadi imam sembahyang, dan aku nak pusing sekitar Madinah siapa yg tak sembahyang Jemaah aku nak bakar rumahnya...adakah rumah kita termasuk senarai rumah yg Nabi nak di bakar?

http://hakaluka.blogspot.com/2011/12/profesor-fizik-memeluk-islam-setelah.html

Friday, November 25, 2011

Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

"
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.


“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.





Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.


Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Apa beza tutup dgn bungkus..

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)

9 jenis anak syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

3 Soalan 1 Penampar...???

3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

Thursday, July 28, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat

Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun2066b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi...Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun2065....c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... .Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia kan kiamat pada tahun 2062... .Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun2062-2066.... Wallahu'alam...Semua ini telah dikaji...Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akanbertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda...Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...insaflah setelah baca..masih belum terlambat

P/S: Sesungguhnya ALLAH saja yg lebih mengetahui.



Sumber: http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/dianggarkan-bumi-akan-kiamat.html

intan yang murtad

Assalamualaikum w.b.t

Tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjagaperkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyaklagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golonganpemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini jugaIslam ,kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidahumat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan sayabawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dansayangkan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang foward adressni kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenardisebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua sertasaudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang palingbesar ini.Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah.Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89 ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 sahaja timbalan menteri di jawatan perdana menteri Dato Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif dengan kes murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja 516 orang sudah murtad.Noraishah bukan kes pertama murtad. sebelum ni dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.Mengapa kes NurAishah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut , yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.1) bagaimana orang macam nur Aishah boleh murtad2) bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakimankita untuk merampas anak orang islam untuk dimurtadkan?Apa yang berlaku kepada haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak denganpengisian Islam yang hebat..sedang dia mengimamkan sembahyang terawih dimasjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalahgadis melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalamkeadaan macam tu tak murtad. Dihantar ke sekolah Agama, Dia belajar hinggaperingkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam ( Haji Tahir).Dia juga hafal surah yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu.Itu hebatnya Aishah. Surah sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. dari segi keterampilan dia ...budak perempuanmelayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yangpelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ni jugaketerampilannya. Tiap -tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 nov 1997,
"Assalamualaikum ayah! Ni intan(nama manja) cakap.Intan nak bagitahu intandah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. Pm sendiri boleh heran macamana dia boleh murtad.Apa lagi kita. Aishah adalah simbol anak melayu yang telah didik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji bukhari boleh buat?Airmata sahaja modal dia. Masuk Tv menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis ...apa yang dia boleh buat? kes ini penting untuk orang tahu.Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan nuraishah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang melayu? buta? disogok? tali barut?Kita sendiri pun tak tahu.Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada 13 Februari 1998 ....." kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang menitik sumber akhbar kononya Nur Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 februari 1998).Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafirlaknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asalpermohonan......Permohonan inini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorangpeguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 november 1997di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam" : perenggan 6 Perenggan 23: "Saya Lennet teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya.Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri melayu bolehputarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa- apa sebabarticle 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegaraMalaysia yang telah cukup umur(18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang melayu kita tahun 1957, perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu?Bila berlaku pertembungan antara hukum syarat dengan undang-undang kita,undang -undang syaraa' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalahacara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan , rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu.bab kehidupan, politik, ekonomi....semua tak termasuk.Article 4 pula menyatakan:
"mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah denganperlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah hukum syarak."Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah inidibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan hindu.Haji kamarudian seorang penjual satay tumpang kedai cina). . Beliau Lepaskan anaknya lepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke resoran bapanya dalam keadaan hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja . Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah hindu dengan nandek.Haji kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.menggelupur dia depan kedai tu. Haji kamarudin juga di pelupur oleh kawan-kawan si hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih hindunya.
Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya, 3 juta. remuk hati seorang bapa ayng diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama hindu. Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian hindu laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masihterlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina . Haji kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan. Yusof qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syarak dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini.Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal hindu nama Santana ada seorang isteri nama entah apa , ada anak lelaki nama Sunjay kalau tak silap usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, di minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak ni. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni.
Kita heran sungguh.Bila si minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa, cari Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari.Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi hindu.Tak cukup dengan itu punya kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahuntelah peluk Islam atas kerelaan sendiri . Bapa dia tak suka , lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan , heret anak dia ke mahkamah Persekutuan. Dia mohon pada makamah agar anak dia masuk Islam tak sah . Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis oang tua tu. terpaksa buat peristiharan "Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. kalau nak tukar agama ena minta kebenaran ibu bapanya.Semasa suzie teoh masuk islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk islam."Atas kearifannya , dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi suzie teoh yang ke 18 tahun dia panggil balik kes itu dan bagi peluang suzie istiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu dengan wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu baru umur 18 tahun. Sambil menangis budak tu kata"
Saya yang arif , kekal dalam agama saya , saya masih nak nama nur Aini. " maka Tun Salleh pun dengan bangga mengistiharkan Islamnya sah dan namanya Nuraini . Selamat akidah seorang budak Sebab itu juga Tun Salleh kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan ke dua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itu harga yang dia terpaksa bayar.Tapi sampai hari ni dia puas.Kes terakhir sekali yang paling teruk ...kes saudara Ibrahim, isterinya siti Solehah dan anknya perempuannya usia 5 bulan mati dipancong kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya hindu. Malam hari valentine 14 februari sedang anak melayu bertukar-tukar bunga didataran merdeka, 3 saudara kita mati dipancong dalam sebuah kontena demi mempertegakkan agama. Peristiwa 13 mei tercetus apabila seorang budak melayu dibunuh kerana dia melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah melayu tiada lagi orang melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab melayu. Inilah pertama kali.Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir , bapa kepada Amar diseret dihadapan anaknya. amar diugut supaya tukar agama kalau tidak bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir. kemudiannya Umaiah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung."Amar hanya mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui rasullullah. Dan akhirnya mengikut sejarah amar menjadi seorang mujahid berperang bersama rasullullah. Itu zaman puak quraish kafir laknatullah berkuasa, rasullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin Islam ini? Dalam kes negara kita , Bukan sahaja Ibrahim dibunuh, Siti Solehah dipancung..anak yang berusia 5 bulan juga dipancung leher hingga putus, tak cukup lagi tanganya juga dipancung. Tiada apa tindakan yang kita ambil setakat ini.Cerita ini di adun oleh media sedemikian rupa supaya kita orang Islam tidak sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa mintak masjid sembahyang jenazah kepada saudara - saudara kita yang mati syahid ini. Apalah dosa ank kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar padaketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita.Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancong sedemikian rupa demi mempertahankan agama. Apa orang melayu buat? Hebat mana kita sehingga takboleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. Terpaksa para jemaah kita di Subang Jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga kerana tiada kawalan. Sehinga kini tiada sapa didakwa atas pembunuhan ngeri tersebut. Semua orang diam buat tak tahu dan biarkan .... tunggu cerita lain pulak keluar. Orang melayu yang mengaku islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di hina sedemikian rupa.Astagfirullah halazim....apa nak jadi dengan kita semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya adakuasa pinda undang-undang kebebasan beragama itu. Kenapa buat tak tahu sajawahai pak menteri? kenapa orang kita asyik sebok jaga periuk nak untuk isi perut sahaja? Bangkitlah minta undang undang persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11 dan lain-lain berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak -tidaknya kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita sediakan untuk anak cucu kita nanti. Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak yang mengaku Islam ini untk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak murtad oleh tapi kena denda 5000 ringgit. Orang islam sendiri (puak puak pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai 5,000 ringgit. Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda 5000 ringgit dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama lewa ...kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja. sebagai contoh arak dengan bangga dijadikan penajautama dunia. Dengan bangga dapat duit 5 juta jadikan arak sebagai penajautama dunia. Hadis Rasullullah dengan terang menyatakan arak sebagai ibuutama maksiat.Wabak murtad datang dalam keadaan kita tak nampak. Tahu-tahu, Aishah dahmurtad, Hartina, anak Yusof dimurtadkan tau-tau dah 4000 lebih. Disini letaknya kebenaran hadis Rasulullah. Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masadepan ) Rasullullh berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku disatu masa satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan malam di malam gelap gelita" tak nampak. Sahabat bertanya apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihatu umatku dihari itu di waktu itu pada masa itu, pagi hari Islam petang kafir, petang islam pagi kafir balik. Sahabat bertanya lagi..mengapa begitu ya rasullullah. Rasullullahmenjawab "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam ghazali pernahberkata dalam perkara ini "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaanseperti semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap." Mana nak nampak.toksah kata semut hitam. Letak Sami Vellu bogel atas batu hitam pun kita tak nampak. Kalau dia senyum baru kita tahu ada manusia atas baru hitam dalam gelap. Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya iman.Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampaklangsung. Bukan sahaja tak nampak ,malah turut pertahankan gerakan murtadini. Gerakan hindu kita toksah sebutlah belum habis cakap dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta ford tu) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "international jew"(tak silap saya). Unsur yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak yahudi. Takde kilang rokok yang bukan yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja baru letak bola sebijik 70 ribu Melayu tak sembahyang yang kat stadium Shah Alam , belum kira yang kat rumah lagi.Dia hantar Micheal Jackson sekor, kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan satu parti bergaduh kat mana mangkuk ayun ni nak buat pertunjukan. Bab kristian lebih terancang lagi , lebih terperinci. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan king entah ke apa nama ke 6 yang terakhir dan dia pun mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dalam emas di Lindon Belanda yang berkata : " kepada semua pemimpim-pemimpin kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) perang nak mati kita perang untuk hidup. Oleh itu hendaklah kita tukar strategi melancarkan peperangan ideologi,fahaman dan budaya keatas orang islam."Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah king tu mati, 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang ditangan kristian,1511 kerajaan Islam Melaka tumbang , tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Patani, tak lama selepas tu tumbang kerajaan Islam Kedah, tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...semuanya satu demi satu. macamana benda ni boleh terjadi? Sebab, gerakan kristian berdasarkan kepada 3 G. gospel, goal, glory. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke tanah melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh kristian Francis Avier (kalau saya tak silap eja) dia, sebab nak sebarkan ajaran kristian. Kita orang melayu punya bangga dengan si mubaligh kristian ni siap buat kubur pulak kat melaka tu. Bukan mayat dia ada dalam tu , yang ada dalam tu entah baju dia entah spender dia. Dia mati kat Filipina. Bagaimana cara dia sebarkan kristian nih? Orang kita panggil gerakan halus ...dia panggil yang ditulis kepada semua mubaligh kristian yang nak datang ke Asia ni, cara dia guna kaedah "garam dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya kalau ubi kayu yang waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi esoknya masih lagibentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya dia kekalkan orang melayu dengan identiti Islam hakikatnya kehidupan kita bukan cara islam lagi. cara inilah yang rasullullah kata macam kepingan malam di malam gelita , inilah yang imamghazali kata macam semut hitam atas batu hitam dimalam gelita tu.Pertama melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengannama mubaligh kristian. Convent itu, Saint inilah. Menurut satu petikan seorang mubaligh kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh Gorge Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ......... "..pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya, justeru itu ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu(kristian) yang diletakkan dalam gelap , penyebaran agama kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian bukan organisasi. Dirasa kesegarannya bukan bersikap kalam, dinamik dan etikal bukan bersifat formalistik pendekatan begini telah memperlihatkankebaikannya lantaran ia tidak menganjurkan ahli melayu tadi menjadi ahlibaru kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat melayu dan seluruhnya. ajaran kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu kristian muslim melayu tempatan yang mencerminkan kristian muslim melayusejati.."Sebenarnya dia hendak, akan datang suatu masa nanti orang melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian. Cara kebajikan pulak...hari ni sapa tak kenal kelab rotery..yang cuci buah pinggang, kelab lion , bulan sabit merah, saint john ambulan, sapa tak kenal palang merah mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Akhirnya sampai hari ni kita bergaduh sesama melayu. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Orang melayu sendiri yang sponsor maksiat.
Seorang mufti yang nak mempertahankan hukum Allah cegah anak melayu masuk pertandingan ratu cantik, bukan anak melayu tu yang kena, mufti kena buang. hari ni yang menghidupkan maksiat paling besar orang melayu, jeneral lagi, sedara dengan PM lagi sanggup mempertahan ibu maksiat paling besar dalam Islam.Sanggup mempertahankannya , patutnya kita yang lawan. Heran sungguh peelpemimpin yang kita pangkah dalam pilihanraya ni. Kitab bible pertama dalambahasa melayu diterjemahkan oleh orang melayu....sapa? Karyawan agung..bukan main hebat...Munsyi Abdullah. Banyak saham dia. Sampai hari ni kita pertahankan apa yang dia buat. tu lah dia yang rasullulah kata pagi tadi dia sembahyang dengan kita petang dia jual agama. Pemimpin yang kita pilih itulah apa bila seorang guru nak masukkan draf mempertahan Islam dia tolak Bukan saja tolak hukum Allah dia tolak dengan tepukan. dan kita terus menerus lantik dia jugak. Bodoh sungguh kita semua. Tengok lah hari ni...Bank Islam , Hospital Islam, pusat pajak gadai pun Islam. Bila orang tengok ..Malaysia Islam. Kita semua nampak macam ubi lagi tapi kitasebenarnya dah jadi tapai.Perlembagaan persekutuan itulah murtad yang paling besar. Sebab perlembagaan tulah Haji Bukhari menagis-nangis, sebab perlembagaan tulah Haji Kamarudin menagis, sebab perlembagaan tulah Yusof menagis, sebab perlembagaan tulah Ibrahim sekeluarga mati dibunuh. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan dengan mulut paling kurang dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun fowardkan alamat homepage ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu.Nak harapkan suratkabar? hampa sungguh sebab berita yang keluar semua dok puji pemimpin kita. Semua berita ditapis sedemikian rupa takut orang melayu kita sedar apa yang terjadi.Akhir sekali homepage ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempenpolitik atau apa saja seangkatan sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. Semua fakta dalam halaman ini adalah hakmilik saudara kita Zulkifli Nordin peguambela kes Aishah.

Wednesday, June 22, 2011

10 Sebab Pekida Tak Perlu Saman Filem Kongsi dan KL Gangster

Pekida mahu menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana didakwa mendedahkan perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Antaranya, dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci serta kod rahsia pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia..

Apa komen anda?

1- Jika difikirkan secara logik, jika Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?

2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?

3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".

4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?

5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.

6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?

7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!

8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?

9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.

10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.
 

Thursday, June 16, 2011

ZingX Travel Agent

Saya adalah orang baru dalam perniagaan perlancongan. Di bawah adalah beberapa tempat di kawasan sekitar Alor Star dan Jitra. Anda boleh menghubungi saya di talian +6017-5203036

Pintu Istana Anak Bukit

Papan Tanda Kubang Pasu

Tugu Di Kepala Batas

Air Pancut Di Tugu Peringatan

Masjid Zahir

i-City Alor Star



Friday, May 27, 2011

Video Untuk Yang Tersayang


Akhirnya siap jgk satu video klip. Walau video ini tak sehebat video lain tapi inilah bukti cinta abang kepada sayang selama ini. Abang Cinta , Kasih kepada sayang.

KasihKu




Sudah hampir sebulan sayang merajuk atau marah atau sewaktu dengannya. Apa lagi yang sayang mahukan dari abang. Yang lepas tu biarkan is berlalu. Masalah dengan keluarga abang biarlah abang selesaikan. Betul sayang cakap abang gila. Abang gila kerana terlampau sayang kepada insan yang abang kasih dan cinta selama ini.

Abang terjumpa gambar yang sayang edit dan simpan dalam pendrive sayang dulu. Apakah sayang ingin tipu diri sayang sendiri. Percayalah Abang Kasih, Cinta kepada sayang lebih dari kemampuan abang sendiri

Wallahhua`alam

Wednesday, May 11, 2011

Tentang Kita Dan Selamanya Milik Kita

Salam perkenalan kita di dunia fantasi yang penuh dengan cabaran. Tetapi mungkin kita ditakdirkan untuk dijodohkan bersama. Abang cukup bahagia bila mendapat seorang yang cukup setia dengan abang walau apa cabaran yang datang. Selepas beberapa bulan perkenalan kita, abang berniat untuk memperkenalkan buah hati pengarang jantung abang kepada ahli keluarga. Bila bertemu sayang bertemu dengan mak cik abang sepupu - sepupu abang, lega rasanya hati ini. Tapi apa kan daya bila bertemu dengan orang tua abang sendiri. Pilu, sedih dan meruntun hati abang bila sayang dimarah. Abang anggap itulah cabaran bila bercinta dengan orang jauh nun di selatan. Abang betulkan semua keadaan, abang hampir berjaya. Dengan bantuan sayang , sokongan dari kawan - kawan, abang usaha dengan 2x kali gigih. Setelah beberapa bulan kemudian, abang berjumpa dengan keluarga sayang. Mereka terima abang dengan seadanya. Pada masa itu, abang bangga bercampur sedih, tapi tiada siapa yang tahu.

Pejam celik setahun berlalu. Abang bahagia bile segala cabaran berlalu. Abang rasa abang berjaya, tapi selepas setahun orang tua abang kembali memberi cabaran. Abang terima dengan hati yang terbuka. Tiada siapa pun yang tahu. Abang diamkan selagi boleh. Pejam celik lagi sudah dua tahun perhubungan yang terjalin di antara kita, tapi abang masih menyimpan luka di hati. Abang tak akan dan tidak sesekali menceritakan kepada orang yang abang sayang. Apabila sayang bercerita pasal duit, abang marah. Ya ! Abang marah sayang kerana sayang selalu memikirkan pasal duit. Mungkin duit itu penting. Bagi abang duit itu tak sepenting hubungan kita sayang. Cabaran di tahun kedua perhubungan kita, abang anggap itulah cabaran yang paling pahit untuk abang telan. Sayang meminta putus pada tahun kedua perhubungan kita. Abang telan sahaja kata - kata sayang kerana abang sayang pada buah hati abang. Pada tahun kedua perhubungan kita masalah dengan kedua orang tua abang sampai lagi. Abang simpan lagi di dada abang. Dengan keadaan sayang yang meminta putus dan masalah orang tua abang sudah memeningkan kepala abang. Abang perlu membuat pilihan. Abang membuat pilihan dengan memujuk sayang kembali, abang bersyukur sayang kembali ke pangkuan abang. Abang telan lagi masalah orang tua abang. Luka di hati abang semakin dalam. Sayang pernah cakap, lepas belajar sayang nak kahwin dengan abang, nak ada anak - anak dengan abang. Gembira hati abang tiada pun siapa yang tahu. Ya , tahun kedua adalah tahun yang abang anggap paling menyukarkan. Hati abang terluka lebih dalam dan tiada siapa pun yang tahu. Abang berjanji dengan diri abang, tidak sesekali abang akan beritahu kepada sayang. Janji selepas janji abang buat. Abang tahu sayang sudah muak dengan janji abang.

Pejam celik sudah dua tahun kita menjalinkan perhubungan cinta. Abang menggerakkan langkah untuk mencari rezeki selepas belajar nanti. Itu semua untuk melunaskan semua janji abang, abang perlahan merangkak seperti bayi yang baru mendapat kaki. Abang mendapat tawaran kerja dari kawan - kawan abang. 4 tempat kerja yang boleh abang pilih sayang. Kalau ikutkan hati abang, abang nak peluk dan cium pipi sayang dan menjerit abang dapat tawaran kerja lepas belajar. Tapi abang tak buat semua itu, abang risau nanti sayang kecewa dengan abang jika tak dapat kerja tersebut. Awal Mac 2011 abang mencari lagi kerja. Abang dua lagi tempat di Kuala Lumpur, tempat idaman abang. Pertengahan bulan April 2011, sahabat lama abang telefon abang. Dia cakap di Johor Bharu ada kerja kosong. 1 lagi kerja abang dapat. Abang bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memurahkan rezeki abang nanti. Abang buat semua itu untuk sayang seorang. Ya, dalam hati abang tiada siapa tahu luka lama semakin dalam. Penghujung April 2011 masalah lama datang kembali, luruh hati abang, tak mampu untuk abang berkata - kata. Abang terdiam, sayang. Mencabar betul masalah kali ini. Dalam hati abang hanya ada dua pilihan. Beritahu kepada sayang atau telan lagi masalah ini. Abang beritahu juga masalah ini kepada sayang. Sebelum itu abang sudah fikir apa yang akan jadi. Dan tepat tekaan abang, sayang mengulang lagi perkara dulu, sayang minta putus lagi. Runtuh hati abang kerana sayang. Tapi abang cuba sedaya upaya abang untuk memulihkan keadaan lagi. Kali ini tersangat pedih dan pahit untuk abang telan. Abang cuba sedaya upaya abang untuk dapatkan hati sayang kembali. Luka lama semakin dalam dengan luka baru.

Abang tahu abang bukan lagi insan yang dahulu senang dengan harta. Tapi dengan harta itulah yang merosakkan abang. Harta yang dahulu membawa abang ke lembah binasa. Abang bangkit setelah menemui cinta abang iaitu insan yang bernama Siti NorAishah Bt Sanudin. Tapi kali ini bolehkah abang bangkit lagi. Kisah silam lama abang sedang memanggil kembali abang. Abang tahu sayang bersedih dengan masalah yang melanda perhubungan kita. Abang lagi sedih sampai tiada lagi air mata untuk tangisi semua yang masalah yang melanda.Sabar abang sudah melampaui batasnya. Abang mungkin kembali kepada perangai lama abang. Tapi mungkin tidak kerana abang masih lagi memikirkan orang yang abang sayang iaitu Siti NorAishah Bt Sanudin. Kamulah pembawa cahaya kepada hidup abang yang semakin gelap dulu.

Tapi itu semua cerita 2 tahun 10 bulan yang terdahulu. Kini sayang tetap dengan keras kepala sayang, rasa dendam sayang, pentingkan diri. Inilah komen dari diri abang yang hina dan mungkin tidak layak untuk mengkritik sayang. Tapi itu kata - kata hati abang bila abang marah. Abang nak sayang tahu, abang tetap akan cintakan sayang walau macam mana keadaan sayang sekali pun. Jika sayang kudung tangan, abang sanggup menjadi tangan untuk sayang. Jika kaki sayang tiada, biar abang menjadi kaki sayang. Ini bukan janji abang inilah yang abang akan buat jika semua itu terjadi.

Kini sayang masih lagi buat tak endah dengan abang, abang ciptakan sabar abang untuk sementara waktu. Abang tak sanggup bila sabar itu hilang. Bila semua itu hilang. Abang akan kehilangan semua benda milik abang termasuklah keluarga abang. Abang tak nak semua itu terjadi sayang.

Mungkin inilah coretan terakhir abang di blog. Mungkin inilah coretan abang untuk orang yang abang sayang. Abang nak sayang tahu, Saya Tuan Muhammad Gadaffi Tuan Rosdan akan cuba membahagiakan kamu Siti NorAishah Bt Sanudin dengan kudrat yang abang ada. Dan abang juga akan mengotakan janji - janji abang sebelum ini.

I love you

Ikhlas coretanku
Nikmati dan nilailah sendiri dari semua gamabar yang ada






Tuesday, April 19, 2011

Bila Ada Pelajar Yang Tak Puas Hati...Ni La Jadinya

Saya,Mohd Amaluddin bin Mohd Tukiran...Pemegang ID 10-01-042, pelajar semester 3 diploma in english communication di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota..Tahun ini,genaplah satu tahun setengah usia saya menuntut di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota,Kuantan Pahang.

Terpanggil saya untuk menulis nota ini adalah kerana saya ingin meluahkan perasaan saya yang selama ini terpendam. Sebelum ia menjadi lebih parah adalah wajar rasanya untuk saya menulis nota ini dan saya rasa tidak menjadi kesalahan besar bagi saya untuk menulis nota ini kerana kita hidup di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi terpimpin.

Izinkan untuk saya meluahkan pendapat dan pandangan saya. Pandangan dari seorang budak mentah, dan seorang remaja yang biasa dan tidak pernah naik ke pentas untuk mengambil apa-apa anugerah kecemerlangan akademik. Mungkin pihak kolej terfikir, apalah ada pada pandangan dari seorang budak mentah yang tidak cemerlang dalam akademiknya. Sudahlah tidak cemerlang dalam pelajaran, cuba berlagak pandai untuk menyuarakan pendapatnya. Tapi pihak kolej harus ingat, nota yang ditulis ini bukan sahaja dari perasaan seorang budak mentah yang tidak cemerlang ini, akan tetapi ia adalah suara majoriti daripada warga pelajar kolej profesional mara indera mahkota.

Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke kolej ini saya meletakkan harapan yang besar,kerana apa?ini adalah kerana dari nama kolej itu sendiri,iaitu KOLEJ PROFESIONAL MARA. kerana perkataan PROFESIONAL itu menggambarkan sesuatu yang begitu tinggi tarafnya yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Saya rasa bersyukur kerana dapat menjadi salah satu ahli keluarga di dalam kolej professional mara tambahan pula diperuntukkan dengan elaun yang bernilai rm265 berbanding dengan kolej atau universiti yang lain hanya diperuntukan dengan pinjaman yang bernilai beribu-ribu ringgit dan membebankan pelajar.

Pihak kolej yang dihormati, menjadi pemimpin bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, dan tidak pula ia boleh diambil mudah. Ia adalah persoalan yang besar dan penting. Perkara yang tinggi di letakkan di dalam islam."Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat," begitu sabda nabi Muhammad SAW. Pelajar yang tidak cemerlang ini sedar akan perkara itu.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kes dimana seorang pelajar kolej profesional mara indera mahkota begitu lantang mencela dan menghina kolej kerana mewajibkan para pelajar untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pihak kolej. Tidaklah pula saya katakan disini bahawa saya bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh pelajar itu sendiri. Akan tetapi itu adalah satu luahan hati atas rasa ketidakpuashatian pelajar itu menyuarakan pendapatnya.Mungkin metod atau cara yang digunakan agak melampau dan tidak bersesuaian. Mungkin kerana dia adalah pelajar baru yang belum mahir dengan taktik serta selok belok undang-undang kolej. Akan tetapi bagi saya, seorang pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan sudah berada selama satu tahun setengah di kolej tempoh itu sudah cukup untuk saya mengetahui tentang susur galur undang-undang kolej. Pihak kolej tidak perlu risau, kerana saya sudah menasihatkan pelajar itu.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Itu yang menjadi persoalan di sini. Apa sahaja majlis yang dianjurkan oleh kolej,warga pelajar diwajibkan untuk hadir dan memberikan sokongan. Bagaimana pula dengan majlis-majlis yang dianjurkan oleh para pelajar? Adakah pihak kolej memberi sokongan terhadap majlis-majlis yang dianjurkan oleh pelajar?mungkin pihak kolej lebih arif dalam perkara dan mempunyai alasan yang kukuh untuk menjelaskan perkara ini. Kerana pihak kolej selalunya memikirkan tentang kebaikan dan menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya. Kami sebagai pelajar berterima kasih kepada pihak kolej kerana sentiasa menjaga kebajikan pelajarnya.

Bagaimana pula dengan isu waktu pulang outing pada hari jumaat?Sebelum ini kami difahamkan bahawa undang-undang ini bersifat sementara. Tempoh percubaan yang diberikan adalah selama sebulan.Adakah sementara di sini membawa maksud bertahun-tahun atau bersifat selamanya?Tetapi kami tidak kisah sedikit pun dengan perkara ini, kami cuba mengadaptasikannya ke dalam kehidupan kami di kolej ini. Ia tidak menjadi perkara yang besar.Saya memohon maaf sekiranya nukilan ini mengguris hati mana-mana pihak. Saya pelajar yang kurang cemerlang ini tidak bermaksud ke arah itu. Kerana saya yakin kolej sentiasa menyajikan yang terbaik kepada para pelajarnya.

Akhir kata dari saya, bak kata pepatah diluah mati emak ditelan mati bapak. Walaupun pahit ku telan jua. Ini adalah metafora yang dapat saya berikan tentang gambaran kehidupan saya selama saya berada di kolej ini. Sejuta kemaafan dipohon. Bukan bermaksud saya tidak bersyukur selama saya berada di sini akan tetapi adatlah di dalam satu institusi keluarga dimana adanya pasang surut di dalam hubungan itu sendiri. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan kita adik beradik.

Mungkin nota ini sampai kepada pengetahuan pihak kolej, mungkin juga tidak. Sekiranya ia sampai ke pengetahuan pihak kolej, saya pelajar yang kurang cemerlang akalnya dahulukan dengan ucapan maaf mungkin ada kesilapan saya sepanjang menulis nota ini. Maklumlah, saya muda remaja serta masih mentah.Mungkin ada salah silap dari lenggok bahasanya. Ribuan terima kasih saya ucapkan sekiranya nukilan saya ini dipandang berat oleh pihak kolej, di dalam kesibukkan mentadbir kolej yang gah ini.Anda semua masih mampu meluangkan sedikit masa untuk membaca coretan atau luahan hati dari saya. Itu adalah satu penghormatan buat remaja mentah seperti saya. Namun harus diingat oleh pihak kolej, kita hidup di dalam negara yang mengamalkan sistem DEMOKRASI TERPIMPIN.



SUARA KAMI ADALAH PENCAK KAMI.

Saturday, April 9, 2011

Cuti

Assalamualaikum..

Dah lama xupdate kt blog
ngat lepas cuti weekend minggu lepas nk update. tapi xsempat. keje berlambak la plak
xpe...ni de beberape gambar yang sempat aku amik ms weekend yang lepas
masa ni kuar ngan kekasih hati dan member2 g Hutan Lipur sungai Tua
Usha2 la ye
http://www.panoramio.com/photo/50098655

http://www.panoramio.com/photo/50098591

http://www.panoramio.com/photo/50098501

http://www.panoramio.com/photo/50098700

Bestkn tngk keindahan alam...so same2 la jaga alam sekitar sementara masa masih ada
Sampai sini je la dulu geng..xde idea da nk smbng
nnt aku akan update lagi
Wassalam

Tuesday, February 15, 2011

Penghinaan Dari Indonesia

Ni la penghinaan yang dilakukan oleh salah satu web dari indonesia. Pada awalnya aku pun terkejut tengok web ini.
Ini link laman web tersebut http://www.ladiesstreet2u.com.my/

Wednesday, February 9, 2011

Kisah Ruben Abu Bakr

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami…

Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.

Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?

Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.

Dia mencari lagi:

Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:

"Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu."

Dia mencari lagi;

Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.

Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…

Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!

Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?

Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.

Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!

Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”

Dan dia terus menunggu . . . .

Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!

Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…

Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)"

Dia sangat terkejut kemudian terus metutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!

Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?

Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?

Dan die kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.

Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai

Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…

Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.

Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.

Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.

Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.

Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.

Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!

Dekatnya Hari Qiamat

Bismillahirrahmanirrahi... Alhamdulillah.. telah diizin kan Allah utk ana menulis lagi di ruangan ini.. insyaAllah ingin ana berkongsi Dekat Nya Hari Qiamat..
Diadalam Al-Quran dan Hadith telah banyak menceritakan tentang bertapa dekatnya hari qiamat.. Sepertimana Firman Allah Yang Bermaksud :
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka. Sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling(daripadaNya)" -Al Anbiya':1-
Firman Allah lagi yang bermaksud :
"Dan tahukah kamu(hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya" -Al-Ahzab:63-
Allah swt juga berfirman didalam surah Al Ma'arij yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka memandang seksaan itu jauh(mustahil), sedangkan KAMI memandangnya dekat(pasti terjadi)" -Al Ma'arij:6-7-
Sahabat-sahabat sekalian.. banyak ayat-ayat yang lain yang menunjukkan telahdekatnya hari kemusnahan atau hari kesudahan dunia untuk menuju ke Alam Akhirat.. yang setiap manusia akan memperolehi hasil amalan-amalan mereka.. jika baik.. maka akan dibalas baik.. jika buruk maka akan dibalas buruk..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dan hari Qiamat seperti dua perkara ini" Nabi s.a.w mengisyaratkan dua jari-jarinya dan menjarakan nya..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dalam permulaan Hari Qiamat"
sabda Nabi s.a.w lagi.. "Ajal kamu diantara solat asar dan terbenamnya matahari"
Daripada Ibnu Umar berkata: "Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w dan waktu itu matahari sudah tertutup gunung Quaiqi3an, setelah asar Nabi bersabda"Tiadalah umur kamu dibandingkan dengan unur orang terdahulu kecuali seperti sisa siang hari yang sudah berlalu"
Ini menunjukkan bahawa sisa tersebut termasuk sesuatu yang sedikit, tetapi ketentuannya tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah dan tidak ada satu pun ketentuan waktu yang sah riwayatnya daripada Rasulullah s.a.w... Akan tetapi waktu yang tersisa sangat sedikit dibandingkan dengan waktu (usia dunia) yang telah lewat..
Tidak ada yang lebih jelas daripada sabdanya tentang telah dekatnya Qiamat,"Saya diutuskan bersama dengan Qiamat, sungguh dia hampir mendahului ku." ini menunjukkan sangat dekatnya hari qiamat sehingga Nabi khuatir akan didahului Hari Qiamat... wallahuaklam..
-DIPETIK DARI BUKU TANDA-TANDA QIAMAT-

Disebalik valentine day

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

(Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)

~~Sampaikan dan laksanakan kebenaran walau satu ayat.

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.