AdsNiaga2

Sunday, December 28, 2008

kesah chenta ku

Btul kata org cinta itu buta, aku xtau macam mane aku buleh terpikat ngan seorg budak pompuan nih. Si dia berada jauh di selatan, aku pula di utara. Banyak yg aku pelajari dari kesah percintaan ini. Kena banyak bersabar dan perlu jujur. Perit bila berjauhan. Hanya berbual dalam telefon.
Aduh, aku rindu pada si dia. Bila la aku dapat berjumpa. Rasa rindu sudah menebal didalam hati. Tapi tiada siapa yg tahu. Aku hanya boleh memendam perasaan. Tapi adakah tindakan aku ni berbaloi. Aku harap Tuhan akan makbulkan. Insyaalah.

Monday, November 10, 2008

WHY??~Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? ~Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?~Mengapa bila wanita barat menjadi dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"~Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?- aku dapat benda ni dari kawan aku...fikir-fikir dan renungkanlah

Monday, October 13, 2008

Syurga Dan neraka

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlak terpuji dan menjadi ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita semua dan orang-orang yang beramal soleh.

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Seorang guru pernah bercerita kepada saya. Katanya, diriwayatkan, tatkala Allah selesai mencipta syurga, maka Allah memanggil malaikat untuk menyaksikan kehebatannya. Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengan kecantikan syurga lalu berkata "Nescaya semua orang akan mahukannya". Lalu Allah melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kepayahan dan ujian. Maka berkata pula malaikat, "Nescaya, tiada yang akan berjaya".

Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil melaikat untuk melihat betapa azabnya seksaan yang ada di dalamnya. Malaikat yang melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya seraya berkata "Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya". Tetapi kemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan keseronokan, berkatalah mereka "Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas".

Saya sebenarnya amat terkesan dengan riwayat ini. Dan beberapa kali juga saya ulanginya di hadapan beberapa orang teman (terutama yang lebih muda) sebagai peringatan buat mereka dan diri saya sendiri terutamanya. Mengapa? Kerana riwayat ini sudah menjelaskan sesuatu yang perlu kita fahami secara asas. Iaitu jalan ke syurga itu sememangnya dilitupi duri dan onak manakala jalan ke neraka sememangnya dipenuhi dengan kenikmatan.

Mungkin kerana itu, walaupun hakikat indahnya syurga telah diuar-uarkan oleh Allah melalui lidah mulia rasulNya Muhammad saw, namun duri dan onak, kemiskinan, kepayahan dan ribuan lagi keperitan yang menanti di pintunya menjadikan kita seakan terlupa akan kehebatan nikmat di dalamnya. Deretan kesusahan yang menanti sepanjang jalan ke syurga menjadikan syurga itu hilang daya tarikannya di hadapan mata kita.

Begitu juga jalan ke neraka. Sememangnya mudah. Dan yang lebih pasti, tampak indah. Seronoknya berada dalam jalan ke neraka ini sehingga kita terlupa hakikat sebenar neraka itu yang dipenuhi dengan azab penderitaan, nyalaan api hitam dan biru, lautan peluh, nanah dan darah dan pelbagai lagi siksaan-siksaan yang menggerunkan bukan sahaja manusia, bahkan malaikat yang melihatnya.

Dan kerana mudahnya ia kelihatan, ditambah lagi keseronokan yang ada sepanjang jalan menujunya, ramai di antara kita yang sama ada secara sengaja atau tidak telah memilih neraka menjadi tempat tujuan utama. Wana'uzubillah… Sebenarnya, bukanlah kerana kita 'tertarik' kepada siksaan yang ditawarkan di dalamnya. Tidak. Tetapi sebenarnya akibat terpedaya semasa berada di atas jalannya.

Maksiat dan dosa itu memang menyeronokkan. Memang lazat. Katakan apa saja bentuk maksiat. Riba? Rasuah? Zina? Mencuri? Minum arak? Apa lagi? Kesemua memang seronok untuk dilakukan. Apatah lagi di zaman serba moden ini. Orang serba berbangga dengan kemungkaran yang diperbuat. Seorang lelaki akan begitu berbangga dengan keupayaannya meniduri seorang gadis dan lain-lain lagi.

Sedangkan jalan ke syurga tampak kelam dan memeritkan. Siapa yang suka berlapar? Siapa yang sanggup hidup dalam kemiskinan? Bangun malam untuk bertahajud? Malah bagi orang yang mengejar keuntungan, meninggalkan perniagaan dalam tempoh sepuluh minit untuk berjemaah di masjid juga suatu kerugian. Dan mereka juga, orang-orang yang memilih hidup zuhud, sering dipandang jijik di mata masyarakat. Siapa yang sanggup jadi sebegini?

Maka benarlah ungkapan malaikat tadi. Tiada siapa yang akan terlepas dari seksa neraka dan tiada siapa yang akan berjaya untuk masuk ke syurga. Kerana kebiasaan kita untuk melihat dan seterusnya mengutamakan luaran terlebih dahulu dari hakikat yang terselindung. MasyaAllah… Tetapi dengan sifat Rahim dan Ghafur Allah, insyaAllah kita akan mampu juga menjejakkan kaki ke taman syurgaNya yang penuh keindahan selagi kita beriman.

Tetapi, apakah neraka akan menjadi tempat persinggahan kita sebelum kita akan ke syurga? Inilah yang sering menghantui pemikiran saya. Saya takut untuk masuk ke nerakaNya. Saya gerun mendengar kisah-kisah siksaan yang disaksikan oleh Nabi saw di neraka ketika peristiwa Israk & Mikraj. Tetapi kaki ini selalu berat untuk berdiri menghadapNya. Mata ini terlalu sukar untuk menahan mengantuk demi beribadah kepadaNya.

Tambah lagi dengan kehidupan hari ini. Saranan Nabi Muhammad saw, insan yang selalu saya sebutkan sebagai kasih dan cinta kepadanya, yang saya akui sebagai utusan Allah, yang saya iktiraf sebagai manusia terunggul untuk dicontohi, saya ketepikan begitu sahaja. Saya tidak mahu hidup dalam kekurangan seperti Baginda saw. Bahkan saya turut sama dalam perlumbaan mengumpul harta dunia bersama orang-orang yang tidak beriman!

Kebanyakan dari kita mengakui keimanan kepada Allah dan NabiNya serta Hari Akhirat. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang benar-benar bersedia untuk bertemuNya & merebut Syafaat NabiNya di Hari Akhirat kelak? Cuba lihat diri kita hari ini. Dari pagi sampai ke pagi, yang selalu terkeluar dari bibir kita adalah kata-kata bagaimana hendak menambahkan pendapatan. Entah berapa kali sahaja kalimah zikir dan fikir ummah terkeluar dari situ.

Hari ini, ramai dari muslim yang sudah tidak hairan dengan syurga dan neraka Allah. Sehinggakan ada yang sanggup mendakwa nikmat yang sedikit di dunia ini bagaikan di syurga. Seperti contohnya, dapat berduaan dengan kekasih itu bagaikan berada di syurga. Atau, kota maksiat seperti Haadyai dan Las Vegas tanpa silu digelar sebagai syurga. Sedangkan syurga Allah itu jauh lebih hebat dari itu.

Begitu juga dengan neraka. Sesetengah dari kita ada yang merasakan diri mereka dapat menahan seksa dan nyalaan api di neraka kelak. Astaghfirullah. Semuga Allah mengampunkan dan memberikan kepada mereka dan juga kita semua. Tetapi sesungguhnya seksa neraka Allah itu begitu hebat azabnya. Tidak ada satu jiwa pun yang akan mampu menahannya walaupun Iblis, yang pernah menjadi ketua para malaikat.

Menyamakan apa-apa kenikmatan dunia ini bagaikan syurga Allah dan apa-apa kesusahan pula sebagai neraka Allah adalah perbuatan yang jahil dan kejam terhadap Allah. Sesungguhnya, seandainya syurga dan neraka itu dizahirkan, tidak akan ada orang di dunia ini yang akan melakukan pekerjaan lain selain beribadat bagi mendapatkan tempat di syurgaNya dan mengelak dari terjerumus ke dalam neraka.

Saya menulis bukan untuk sesiapa. Tetapi untuk diri saya sendiri. Semoga selepas ini tubuh ini tidak lagi berat dari beribadah kepadanya. Supaya lidah ini lebih asyik mengalunkan zikir dari berbual perkara yang lagho. Supaya mata ini lebih seronok menatap naskhah al-Quran dari menonton hiburan di televisyen. Supaya aqal ini lebih mencari redhaNya dari mencari kekayaan duniawi. Supaya hati ini lebih mengingatiNya dari mengingati yang lain.
Amin…

Tuhanku… Aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak sanggup menghadapi siksa nerakaMu. Terimalah taubatku, Kau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kelalaian saya sendiri.

Teman di dalam kubur

"Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya"

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.

Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" .Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.

Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ... AMIN!!!


Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !

Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.


Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.

Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?


Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

· Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

· Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

· Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

· Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

· Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

· Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

· Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

· Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

· Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

· Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

· Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

· Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.


GAYA PEMAKANAN SIHAT

  • CARA ?
    Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.

  • MENGAPA MADU DAN KURMA ?
    MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:

  • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

· MENGAPA?
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.

Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.

· BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.


Khasiat Madu Lebah Asli

· Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.

· Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

· Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

· Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .

· Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.

· Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.


Khasiat Buah Kurma Segar

· Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.

· Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.

· Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.

· Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.

· Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.

· Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.

· Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.



Indahnya Kasih Sayang

Mahasuci ALLAH, Zat yang Maha Mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhluk Nya. Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang, kecuali akan memperindah orang tersebut, dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang, kecuali akan memperburuk dan menghinakan orang tersebut.

Betapa tidak? Jikalau kemampuan kita menyayangi orang lain tercerabut, maka itulah biang dari segala bencana, karena kasih sayang ALLAH Azza wa Jalla ternyata hanya akan diberikan kepada orang-orang yang masih hidup kasih sayang di kalbunya.

Kerananya, tidak boleh tidak, kita harus berjuang dengan sekuat tenaga agar hati nurani kita hidup. Tidak berlebihan jikalau kita mengasahnya dengan merasakan keterharuan dari kisah-kisah orang yang rela meluangkan waktu untuk memperhaikan orang lain. Kita dengar bagaimana ada orang yang rela bersusah-payah membacakan buku, Al-Quran, atau juga surat kepada orang-orang tuna netra, sehingga mereka bisa belajar, bisa dapat informasi, dan bisa mendapatkan ilmu yang lebih luas.

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, " ALLAH SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (H.R. Muslim).

Dari hadis ini nampaklah, bahwa walau hanya satu rahmat-Nya yang diturunkan ke bumi, namun dampaknya bagi seluruh makhluk sungguh luar biasa dahsyatnya. Karenanya, sudah sepantasnya jikalau kita merindukan kasih sayang, perhatian, dan perlindungan ALLAH SWT, tanyakanlah kembali pada diri ini, sampai sejauhmana kita menghidupkan kalbu untuk saling berkasih sayang bersama makhluk lain?


Kasih sayang dapat diibaratkan sebuah mata air yang selalu bergejolak keinginannya untuk melepaskan beribu-ribu kubik air bening yang membuncah dari dalamnya tanpa pernah habis. Kepada air yang telah mengalir untuk selanjutnya menderas mengikuti alur sungai menuju lautan luas, mata air sama sekali tidak pernah mengharapkan ia kembali.


Sama pula seperti pancaran sinar cerah matahari di pagi hari, dari dulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya tanpa henti, dan sama pula, matahari tidak mengharap sedikit pun sang cahaya yang telah terpancar kembali pada dirinya. Seharusnya seperti itulah sumber kasih sayang di kalbu kita, ia benar-benar melimpah terus tidak pernah ada habisnya.

Tidak ada salahnya agar muncul kepekaan kita menyayangi orang lain, kita mengawalinya dengan menyayangi diri kita dulu. Mulailah dengan menghadapkan tubuh ini ke cermin seraya bertanya-tanya: Apakah wajah indah ini akan bercahaya di akhirat nanti, atau justru sebaliknya, wajah ini akan gosong terbakar nyala api jahannam?

Tataplah hitamnya mata kita, apakah mata ini, mata yang bisa menatap ALLAH, menatap Rasulullah SAW, menatap para kekasih ALLAH di surga kelak, atau malah akan terburai karena kemaksiyatan yang pernah dilakukannya?

Rabalah bibir manis kita, apakah ia akan bisa tersenyum gembira di surga sana atau malah bibir yang lidahnya akan menjulur tercabik-cabik?!

Perhatikan tubuh tegap kita, apakah ia akan berpendar penuh cahaya di surga sana, sehingga layak berdampingan dengan si pemiliki tubuh mulia, Rasulullah SAW, atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu-batu di kerak neraka jahannam?

Ketika memandang kaki, tanyakanlah apakah ia senantiasa melangkah di jalan ALLAH sehingga berhak menginjakkannya di surga kelak, atau malah akan dicabik-cabik pisau berduri.

Memandang mulusnya kulit kita, renungkanlah apakah kulit ini akan menjadi indah bercahaya ataukah akan hitam legam karena gosong dijilat lidah api jahannam?

Mudah-mudahan dengan bercermin sambil menafakuri diri, kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri kita.

Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan ALLAH, sebab tidaklah ALLAH menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia. Semua yang ALLAH ciptakan syarat dengan ilmu, hikmah, dan ladang amal. Semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar, dan apa saja karunia dari ALLAH adalah jalan bagi kita untuk bertafakur jikalau hati ini bisa merabanya dengan penuh kasih sayang.

Dikisahkan di hari akhir datang seorang hamba ahli ibadah kepada ALLAH, tetapi ALLAH malah mencapnya sebagai ahli neraka, mengapa? Ternyata karena suatu ketika si ahli ibadah ini pernah mengurung seekor kucing sehingga ia tidak bisa mencari makan dan tidak pula diberi makan oleh si ahli ibadah ini. Akhirnya mati kelaparanlah si kucing ini. Ternyata walau ia seorang ahli ibadah, laknat ALLAH tetap menimpa si ahli ibadah ini, dan ALLAH menetapkannya sebagai seorang ahli neraka, tiada lain karena tidak hidup kasih sayang di kalbunya.

Tetapi ada kisah sebaliknya, suatu waktu seorang wanita berlumur dosa sedang beristirahat di pinggir sebuah oase yang berair dalam di sebuah lembah padang pasir. Tiba-tiba datanglah seekor anjing yang menjulur-julurkan lidahnya seakan sedang merasakan kehausan yang luar biasa. Walau tidak mungkin terjangkau kerena dalamnya air di oase itu, anjing itu tetap berusaha menjangkaunya, tapi tidak dapat. Melihat kejadian ini, tergeraklah si wanita untuk menolongnya. Dibukalah slopnya untuk dipakai menceduk air, setelah air didapat, diberikannya pada anjing yang kehausan tersebut. Subhanallah, dengan ijin ALLAH, terampunilah dosa wanita ini.

Demikianlah, jikalau hati kita mampu meraba derita makhluk lain, insya ALLAH keinginan untuk berbuat baik akan muncul dengan sendirinya.

Kisah lain, ketika suatu waktu ada seseorang terkena penyakit tumor yang sudah menahun. Karena tidak punya biaya untuk berobat, maka berkunjunglah ia kepada orang-orang yang dianggapnya mampu memberi pinjaman biaya.

Bagi orang yang tidak hidup kasih sayang di kalbunya, ketika datang orang yang akan meminjam uang ini, justru yang terlintas dalam pikirannya seolah-olah harta yang dimilikinya akan diambil oleh dia, bukannya memberi, malah dia ketakutan akan hartanya karena disangkanya akan habis atau bahkan jatuh miskin.

Tetapi bagi seorang hamba yang tumbuh kasih sayang di kalbunya, ketika datang yang akan meminjam uang, justru yang muncul rasa iba terhadap penderitaan orang lain. Bahkan jauh di lubuk hatinya yang paling dalam akan membayangkan bagaimana jikalau yang menderita itu dirinya. Terlebih lagi dia sangat menyadari ada hak orang lain yang dititipkan ALLAH dalam hartanya. Karenanya dia begitu ringan memberikan sesuatu kepada orang yang memang membutuhkan bantuannya.

Ingatlah, hidupnya hati hanya dapat dibuktikan dengan apa yang bisa kita lakukan untuk orang lain dengan ikhlas. Apa artinya hidup kalau tidak punya manfaat? Padahal hidup di dunia ini cuma sekali dan itupun hanya mampir sebentar saja. Tidak ada salahnya kita berpikir terus dan bekerja keras untuk menghidupkan kasih sayang di hati ini. Insya ALLAH bagi yang telah tumbuh kasih sayang di kalbunya, ALLAH Azza wa Jalla, Zat yang Maha Melimpah Kasih Sayang-Nya akan mengaruniakan ringannya mencari nafkah dan ringan pula dalam menafkahkannya di jalan ALLAH, ringan dalam mencari ilmu dan ringan pula dalam mengajarkannya kepada orang lain, ringan dalam melatih kemampuan bela diri dan ringan pula dalam membela orang lain yang teraniaya, Subhanallah.

Cara lain yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk menghidupkan hati nurani agar senantiasa diliputi nur kasih sayang adalah dengan melakukan banyak silaturahmi kepada orang-orang yang dilanda kesulitan, datang ke daerah terpencil, tengok saudara-saudara kita di rumah sakit, atau pula dengan selalu mengingat umat Islam yang sedang teraniaya, seperti di Bosnia, Checnya, Ambon, Halmahera, atau di tempat-tempat lainnya.

Belajarlah terus untuk melihat orang yang kondisinya jauh di bawah kita, insya ALLAH hati kita akan melembut karena senantiasa tercahayai pancaran sinar kasih sayang. Dan hati-hatilah bagi orang yang bergaulnya hanya dengan orang-orang kaya, orang-orang terkenal, para artis, atau orang-orang elit lainnya, karena yang akan muncul justru rasa minder dan perasaan kurang dan kurang akan dunia ini, Masya ALLAH.


Saturday, October 11, 2008

Bila Al-Quran Bisa Berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu' aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian

Di atas lemari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang... pagi-pagi sambil minum kopi...engkau baca Al-Quran pagi atau menonton berita TV
Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia

Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismilllah)
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesen radio kegemaranmu
Aku tahu kalau itu bukan Stesen Radio yang senantiasa melantunkan ayatku


Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatkupun kadang kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu


Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku
Bila malam tiba engkau tahan nongkrong berjam-jam di depan TV
Menonton pertandingan Liga Italia , musik atau Film dan Sinetron laga
Di depan komputer berjam-jam engkau boleh duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah


Waktupun cepat berlalu...aku menjadi semakin kusam dalam almari
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini kurang lancar lagi setiap membacaku.


Apakah Al-Quran, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan ? Bila
engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan
diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya.


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...kuranglah jatah umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.


Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Bukan koran yang engkau baca yang akan membantumu Dari perjalanan di alam akhirat
Tapi Akulah "Qur'an" kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu


Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Alloh, Tuhan Yang Maha Mengetahui

Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.


Keluarkanlah segera aku dari lemari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu


Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi dan petang
Seperti dulu....dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil , lugu dan polos...
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.




KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Friday, October 10, 2008

Kecantikan Yang Sebenar

Untuk membentuk bibir menawan

Ucapkan kata – kata kebaikan

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing

Berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan

Untuk mendapatkan rambut yang indah

Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jari jemarinya setiap hari

Untuk mendapatkan mata yang indah

Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai

Untuk mendapatkan tubuh yang indah

Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan berjalan bersendirian

Kecantikan wanita bukannya pada kehalusan wajahnya…

Kecantikkan wanita terletak pada jiwa yang penuh kasih sayang, cinta dan perhatian yang diberikan. Dan kecantikan itu akan kekal tumbuh sepanjang hayat….



KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.

Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

PAHALA BAGI ORANG YANG BERSIFAT SABAR

DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

"Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya,hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya."
(HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)

Sabar adalah menahan diri dan membawanya kepada yang dituntut oleh syara' serta menghindarnya dari yang dilarangnya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Disam­ping itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

Imam Ghazali didalam perkara ini menjelaskan:
"Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorogan agama ialah hidayah ALlah kepada manusia untuk mengenal-Nya, Rasul-Nya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaran-Nya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membedakan manusia dengan binatang dalam hal menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan."

Jamaluddin al-Qasimi pula mengatakan, bahawa barangsiapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus menerus, orang tersebut termasuk golongan orang-orang yang sabar.

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti:

1. Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, rasa tidak aman dan lain-lain.

2. Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

3. Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

a. Hasil undangan dan kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai pembalasan langsung dan dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang-Nya untuk menghapus dosa kedurhakaannya di dunia ini dan ia akan keluar dan dunia ini dalam keadaan suci bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan martabatnya, baik di dunia mahupun akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapatkan hukuman.

b. Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang , dan nanti akan diganti di akhirat dengan rahmat dan keredhaan-Nya.

Apabila seseorang itu menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, tidak gelisah dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangan­nya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga. Begitu juga Allah SWT tidak akan memberikan buku catatan amalnya serta membukakan rahsianya dihadapan orang ramai.

Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal shaleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya.

Hadis diatas juga mengandung makna bahawa:

a. Allah SWT ingin menunjukkan kekuasaan mutlak­nya terhadap manusia, baik ilmu ataupun hikmah rahsia-Nya.

b. Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan din terhadap Khaliknya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya manusia akan memperoleh kemuliaan dan ketinggian.

Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur'an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.

Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.

Pengertian sabar seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dinamakan sabar ialah menghadapi musibah (cubaan atau ujian) dengan cara yang baik, berikhtiar mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang shaleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalaman itu suatu dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat, keimanan dan keyakinan yang penuhi istiqamah.

Dalam keterangan yang lain pula di jelaskan bahawa sabar itu ada lima macam, iaitu:

1. Sabar dalam beribadah, ialah tekun mengendalikan din melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya.

2. Sabar ketika di timpa malapetaka atau musibah, ialah teguh hati ketika ditimpa musibah (cubaan atau ujian) baik yang berbentuk kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.

3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terlalu terpaut terhadap kenikmatan hidup di dunia ini dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.

4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak berbuat maksiat. Sabar terhadap maksiat ini bukan sahaja berkenaan dengan diri sendiri, tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjatuh ke jurang kemaksiatan, dengan melakukan amal ma'ruf nahi mungkar (mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegahnya dan perbuatan yang salah serta buruk).

5. Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang surut, masa menang dan masa kalah.Sedangkan sabar dalam bentuk rohaniah itu terbagi pula kepada beberapa macam:

a. Iffah, iaitu sabar menahan nafsu dan seks.

b. Tasamuh, iaitu menahan diri dan lapang dada dalam menghadapi lawan.

c. Kitman, iaitu menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi rahsia suami sendiri.

d. Zuhud, iaitu menahan diri dan godaan keduniaan dalam usaha memperoleh kebahagiaan di akhirat.

e. Qana'ah, iaitu menahan diri dan hidup berlebih-lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang sesuai dengan hasil usaha.

Oleh kerana itu wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati ALlah, jadikanlah sifat sabar ini sebagai pakaianmu sehari-hari, nescaya hidupmu akan selamat di dunia dan di akhirat nanti.



SEBUTIR PASIR

Penakluk pertama Mount Everest, puncak tertinggi dunia di Pegunungan Himalaya, Sir Edmund Hillary, pernah ditanya wartawan apa yang paling ditakutinya dalam menjelajah alam. Dia lalu mengaku tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkahan ais raksasa, atau padang pasir yang luas dan gersang sekali pun! Lantas apa? "Sebutir pasir yang terselit di celah -celah jari kaki," kata Hillary. Wartawan hairan, tetapi sang penjelajah melanjutkan kata-katanya, "Sebutir pasir yang masuk di celah - celah jari kaki sering sekali menjadi tanda awal malapetaka. Ia boleh masuk ke kulit kaki atau ke celah – celah jari kaki. Lama-lama jari kaki terkena infeksi, lalu membusuk. Tanpa sadar, kaki pun tak boleh digerakkan. Itulah malapetaka bagi seorang penjelajah sebab dia harus ditandu." Harimau, buaya, dan beruang, meskipun buas, ia binatang yang secara naluri takut menghadapi manusia. Sedang menghadapi jurang yang dalam dan ganasnya padang pasir, seorang penjelajah sudah mempunya persiapan memadai. Tetapi, jika menghadapi sebutir pasir yang akan masuk ke jari kaki, seorang penjelajah tak mempersiapkannya. Dia cenderung mengabaikannya.

Apa yang dinyatakan Hillary, kalau kita renungkan, sebetulnya sama dengan orang yang mengabaikan dosa-dosa kecil. Orang yang melakukan dosa kecil, misalnya mencuba minuman keras atau membicarakan keburukan orang lain, sering menganggap hal itu adalah dosa yang kecil. Kerana itu, banyak orang yang biasa melakukan dosa-dosa kecil sehingga lambat laun jadi kebiasaan. Kalau sudah jadi kebiasaan, dosa kecil itu pun akan berubah jadi dosa besar yang sangat membahayakan dirinya dan masyarakat.

Melihat kemungkinan potensi kerosakan besar yang tercipta dari dosa-dosa kecil itulah, Nabi Muhammad saw menasihati agar ummatnya tidak mengabaikan dosa-dosa kecil seraya tidak melupakan amal baik yang kecil juga. Dalam kisah disebutkan, seorang pelacur masuk syurga hanya kerana memberi minum anjing yang kehausan. Perbuatan yang cenderung dinilai sangat kecil itu ternyata di mata Allah punya nilai sangat besar kerana faktor keikhlasannya. Bukankah semua roh yang ada di seluruh jagad ini, termasuk roh anjing tersebut, hakikatnya berasal dari Tuhan Yang Maha Pencipta juga? Itulah nilai setetes air penyejuk yang diberikan sang pelacur pada anjing yang kehausan.


Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an (pasti korang tersenyum)

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Voltron, ultraman (perang sampai turun mak ayah dia kan..?)


berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?(Colgate sponsor kan)...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

pegi skola awal...memang awal...nak main chopping punya pasal.. masuk kelas baju dah kotor...sama aaa laki pompuan...x pasal-pasal balik rumah kene "pok-pek" ngan mak..time rehat makan kat pondok..
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

kalo time rehat beli pembaris,pemadam banyak-banyak...buat main pemadam..sapa kena tindih kalah..kan..?
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin kueh time tuh 10 sen 20 sen tu la paling mahal kann..?

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
Komplek Yik Fong, Super Kinta, Ipoh parade-kira shopping complex DEWA la kann...?

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,pastuh main tikam...kan?
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal,pengawas pun sama kan?

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa yang lagi extrim main jangka lukis buat dart kat pintu kan..?

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin ada yang masih mencari22..kan

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua, pengalaman mengajar kita semua kan!!

Teringat zaman2 dulu kan?hehhehe

MENCARI KEBAHAGIAAN

Manusia bahagia bila ia bisa membuka mata untuk menyedari bahawa ia memiliki banyak hal yang bererti. Manusia boleh bahagia bila ia mahu membuka mata hati. Untuk menyedari, betapa dia dicintai.Manusia boleh bahagia, bila ia mahu membuka diri. Agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada. Manusia buta kerana ego dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa ia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mau sedar kerana serakah.

Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomborsatukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu hal, belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap dari orang lain, maka bersiaplah untuk ditinggalkan, bersiaplah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita bisa menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri,mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.

Percayalah kepada Allah, dan bersyukurlah kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. Ia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita butuhkan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak orang.