AdsNiaga2

Wednesday, February 9, 2011

Kisah Ruben Abu Bakr

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami…

Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.

Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?

Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.

Dia mencari lagi:

Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:

"Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu."

Dia mencari lagi;

Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.

Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…

Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!

Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?

Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.

Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!

Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”

Dan dia terus menunggu . . . .

Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!

Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…

Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)"

Dia sangat terkejut kemudian terus metutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!

Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?

Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?

Dan die kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.

Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai

Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…

Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.

Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.

Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.

Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.

Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.

Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!

Dekatnya Hari Qiamat

Bismillahirrahmanirrahi... Alhamdulillah.. telah diizin kan Allah utk ana menulis lagi di ruangan ini.. insyaAllah ingin ana berkongsi Dekat Nya Hari Qiamat..
Diadalam Al-Quran dan Hadith telah banyak menceritakan tentang bertapa dekatnya hari qiamat.. Sepertimana Firman Allah Yang Bermaksud :
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka. Sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling(daripadaNya)" -Al Anbiya':1-
Firman Allah lagi yang bermaksud :
"Dan tahukah kamu(hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya" -Al-Ahzab:63-
Allah swt juga berfirman didalam surah Al Ma'arij yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka memandang seksaan itu jauh(mustahil), sedangkan KAMI memandangnya dekat(pasti terjadi)" -Al Ma'arij:6-7-
Sahabat-sahabat sekalian.. banyak ayat-ayat yang lain yang menunjukkan telahdekatnya hari kemusnahan atau hari kesudahan dunia untuk menuju ke Alam Akhirat.. yang setiap manusia akan memperolehi hasil amalan-amalan mereka.. jika baik.. maka akan dibalas baik.. jika buruk maka akan dibalas buruk..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dan hari Qiamat seperti dua perkara ini" Nabi s.a.w mengisyaratkan dua jari-jarinya dan menjarakan nya..
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya diutuskan dalam permulaan Hari Qiamat"
sabda Nabi s.a.w lagi.. "Ajal kamu diantara solat asar dan terbenamnya matahari"
Daripada Ibnu Umar berkata: "Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w dan waktu itu matahari sudah tertutup gunung Quaiqi3an, setelah asar Nabi bersabda"Tiadalah umur kamu dibandingkan dengan unur orang terdahulu kecuali seperti sisa siang hari yang sudah berlalu"
Ini menunjukkan bahawa sisa tersebut termasuk sesuatu yang sedikit, tetapi ketentuannya tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah dan tidak ada satu pun ketentuan waktu yang sah riwayatnya daripada Rasulullah s.a.w... Akan tetapi waktu yang tersisa sangat sedikit dibandingkan dengan waktu (usia dunia) yang telah lewat..
Tidak ada yang lebih jelas daripada sabdanya tentang telah dekatnya Qiamat,"Saya diutuskan bersama dengan Qiamat, sungguh dia hampir mendahului ku." ini menunjukkan sangat dekatnya hari qiamat sehingga Nabi khuatir akan didahului Hari Qiamat... wallahuaklam..
-DIPETIK DARI BUKU TANDA-TANDA QIAMAT-

Disebalik valentine day

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

(Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)

~~Sampaikan dan laksanakan kebenaran walau satu ayat.

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Monday, February 7, 2011

HARI YANG PENAT

Selama 3 hari xdpt rehat yang cukup
macam sempoi je dengar kan
tapi aku tetap bersabar
hari sabtu jam 9 malam aku dapat jumpa si dia
terlerai semua kepanatan aku
terima kasih buah hatiku Siti NorAishah Bt Sanudin
You Are My Love Forever

Hari Ahad jam 4 pagi, aku dengan si dia sampai di Kuantan
Penat dan mengantuk sudah sampai tahap yang tak boleh dikawal
tapi aku tetap control.
seharian lepak dan jalan2 sekitar kuantan
aku gembira.

Hari Ahad jam 5 ptg , aku dengan si dia sampai kt kolej
semput ( naik bukit yang tinggi )
tapi aku tetap gembira dapat menatap lagi wajah orang kesayangan
5.30 ptg aku sampai bilik aku tapi dengan hati yang marah
sebab bilik aku bersepah
aku kemas sikit bilik aku dan terus tidur

Hari Isnin jam 1 pagi, terbangun dari tidur yang nyenyak
masyaallah , aku terlupa nak date dengan kekasih hati


p/s Inilah padah nya kalo tak rehat yang cukup
silap hari bulan
aku masuk hospital !>!>!>!

[Soal Jawab Agama]Hukum mencari rezeki dgn mengambil gambar org

Assalamualaikum,

Saya membuat perkerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambar nya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.



1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?



~~Reply: wsm Hukum alat atTasweer (fotografi) adalah mubah di sisi jumhur (Dr Qardhawi dalam Halal dan Haram, Syaikh alBukhit, Mantan Mufti Mesir (aljawab asSyaafi), manakala Haram di sisi haiah Kibr ulama' Arab Saudi dan Imam alMuhaddith alAlbani rh dari Syria. Mengikut Dr alQardhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada Objek fotografi atau objek yg di ambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. begitu juga gambar perempuan yg membuka auratnya. Hukum yg kedua: hukum melihat awrat perempuan tanpa keperluan yg dharurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar2 perempuan yg mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg haram.



2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?



~~Reply: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqih: al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih: Ma haruma isti'maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram penggunaannya, haram pula memperolehnya) (Muhamamd alZarqa', syarah qawaid/389)



3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?



~~Reply: Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezki dari foto2 yg halal



4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). COntohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa etc)



~~Reply: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salaf assoleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis asySyarif, Hadis no 6 dalam Matn arba'een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam syarf anNawawi) dari Nu'man bin Bashir yg dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim," " Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat toleran kepada yg haram dan syubhah. Dia hanya mengutamakan Halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: "Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati dalam rongganya." AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan mengambil gambar2 belakang tabir itu.



sekian....



* Islam tu mudah tapi jgn ambil mudah pasal Islam

* mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam

Disini saya ingin berpesan kepada Sahabat sahabat sekalian... Dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan itu harus dititik beratkan hukum agama... Jangan disebabkan inginkan keuntungan didunia kita rugi di akhirat kelak... Insyaallah...


p/s ni org len punya
aku tkang sebar jek

Adab Minum Rasulullah s.a.w

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.